Sunday, November 29, 2009

Rombongan Menghantar WaWa

Seperti yang pakcik maklomkan tiga minggu berturut turut ni jadual pakcik depenuhi dengan majlis orang kawin. Dah saudara dekat kene lah pakcik pergi tapi minggu ni cuma rombongan menghantar... so pergi makan sajelah... i loike.
Keesokan harinye sepatutnye ade rombongan menghantar seorang lagi sepupu tapi pakcik tak pergi memandangkan kalau pakcik balik lambat nanti sah pakcik stuck in jam tapi pakcik pasti akan datang awal minggu depan for the wedding kat rumah ibu saudara pakcik. Harap dia tak marah. Pakcik dengar sampai satu bas rombongan menghantar pengantin lelaki tapi memang tak hairan kerana memang menjadi kebiasaan di kampung menjadi acara kejiranan menghantar pengantin.
Yang pasti kenduri minggu depan akan meriah kerana ibu saudara pakcik akan masak sendiri dan tidak menggunakan catering. Maka haruslah pakcik tolong minggu depan....
Maka more wedding picturelah minggu depan...



No comments:

Post a Comment