Tuesday, December 29, 2009

Last Weddding for 2009

One last wedding for the year...
Rombongan menghantar pengantin lagi you might ask? Yes, kali ni rombongan menghantar anak sepupu pakcik di ipoh on 26th December. Makan kenduri i memang loike.
Budak2 ni sangat muda pakcik rasenye tapi dah memang sampai seru alhamdulillah... baik cepat dari lambat kan.... ops lets not go there...

Memandangkan memang 2 weeks of hujung tahun 2009 pakcik memang kene pakse cuti so no reason tak pergi kan? Pakcik arrive quite late sebab sesat so i missed the akad nikah ceremony. Tak pe lah kan... nasib baik lah last2 jumpa the bride's house. Mase we arrived it started to rain so everyone semua under their umbrella.... Pakcik baru beli my camera camera flash so dapatlah tryout for the wedding picture...









Lauk kenduri siap dengan ulam pegage dengan sambal kelape. Memang susah nak cari orng buat sambal kelape nowadays. Memanglah lame dah pakcik tak makan sambal kelape.... yummmm.




Selamat Pengantin Baru Syamil

Monday, December 21, 2009

Suasana Kenduri Kampong

Majlis kenduri memang meriah especially kalau masak sendiri. Sanak saudara berkumpul bergotong royang membuat kerje dan yang pasti makan makan makan...







Selamat Pengantin Baru Fadil

Ibu saudara pakcik "Mak Andak" telah melangsungkan majlis perkahwinan anak beliau Fadil pada 5th December 2009. Mak Andak is like a mother to me and for sure i try to help sumbang kan tenaga helpout where i can.
Kenduri di kampung amat menyeronokkan tapi sangatlah memenatkan tapi masih lagi ade kampung yang mengamalkan majlis bergotong royong memasak beramai ramai dan sebagainye. Tapi memang berbaloi segala penat lelah semua setelah selesai majlis. Pakcik tak sure sangat ape yang pakcik dapat tolong so pakcik tolong goreng ayam and jaga unggun api aje mase hari memasak dan menjaga hidang masa hari majlis berlangsong. Berkumpul saudara mara sangat menyeronokkan tapi macam biase terpaksa menepis persoalan bila pakcik nak kawin. Jawapan pakcik... Belom Jodoh lagi memang dah jadi jawapan dah basi hahhaha

Masa majlis berlangsong tak menag jugak tangan pakcik nak jaga lauk hidangan buffet sentiasa diisi. Tapi Tiba tiba saje hujan turun... yahooo pakcik relax kejap tapi pengantin tak sampai lagi. Pengantin terpaksa mengharungi hujan dan becakto get to the house. Pepatah orang tua kalau hijan tandanye pengantin suke makan dalam kuali. Macam macam tapi yang pasti ia merupakan tactic nak mengelak anak dare makan dalam kuali dan ditakot takotkan dengan bende macam tu. Kalau pakcik kawin sah ribut taufan sebab pakcik suka makan dalam kuali.... kita tunggu dan lihat(bila lah tu....)
Bial rombongan pengantin perempuan tiba pakcik sibok balik memastikan hidangan untuk mereka tersedia. Sempat jugak pakcik lari lari untuk snap gambar pengantin.














Memang menjadi tradisi bagi orang perak untuk menggunakan perhiasan tekad bagi bilik pengantin dan selalunye disimpan dari generasi ke generasi. My mother pon ade tekad yang digunakan for my sisters punye wedding. Tak taulah sampai bila lah tekad tu boleh tahan sampai pakcik dapat jodoh hahaha



Menjadi tradisi juga di malam kenduri adenye majlis suai kenal antara keluarga. Majlis persandingan untuk keluarga terdekat dengan iringan kompang. Seterusnye diikuti majlis bersalaman and memperkenalkan sanak saudara kepada pengantin dan juga menjadi tradisi untuk sanak saudara memberi sumbangan berupa wang semasa majlis bersalaman. Bukan nilai yang jadi ukuran tapi cuma sebagai tanda sumbangan. Kemudian diikuti dengan majlis memotong kek dan baling gula gula yang merupakan acara yang dinanti nantikan oleh kanak kanak. Maka selesai lah sudah majlis dan berbaloilah sudah segala penat lelah semua anggota keluarga dengan harapan menjulang akan kebahagiaan pasangan penagantin.



Orang yang paling penat mengendalikan upacara majlis would be Mak Andak., eventhough she hide it behind her smile. Tapi kepuasan terserlah setelah majlis selesai bagi beliau setelah berjaya memastikan anak beliau mendirikan rumahtangga dan punya isteri yang mampu berkongsi hidup dan menjaga makan minum suami. Memang harapan ibu supaya anak mendapat isteri yang baik, solehah dan menjaga kebahagiaan rumah tangga yang berkekalan ke akhir hayat. Pastinya tugas mak andak masih belom selesai kerana ada lagi anak bungsu mak andak yang masih belom berkahwin.... Ape tunggu lagi Non? Jangan tunggu lama lama....


Selamat Pengantin Baru Fadil